Posts

Showing posts from 2017

Bisik Pada Langit

Image
Assalamualaikum semuaa... This time nak review and share pasal hot movie haritu yang netizen duk kate best best sampai meleleh air mate kuar wayang. Ni dia citernyaaa ... Alhamdulillah sempat jugak pergi tengok cerita ni kat GSC Alamanda. Kebetulan dapat free ticket sempena birthday kiterrrr . 😉 Discuss dengan husband nak tengok citer ape ni? Nak tengok citer kartun, faqif je yang tengok nanti. Tak adil . hahaha . Husband nak sangat tengok Bisik pada Langit ni . So we all decided tengok jugak cerita ni. Dan nasib baik jugak wayang start, Faqif dah sedut susu sebotol,dah kenyang makan, die pun start wayang tido sampai habis movie. Bijak anak ibuayah ni . hihi . Lengan ayah pun sado sebab duk pangku awak 😂 Memang kami layan movie tu sampai habis dan memang sadis sangat-sangat. Berjurai-jurai airmata ni. Belum ape-ape lagi, airmata dah bergenang jee.. Kite memang tak boleh kalau bab-bab family ni . Memang sensitif yang amat. 😢😢 Rating : 10/10 ✫ Memang tak rugi pergi

My Birthday @ Shell Out Seafood Fantastic @ Ayer 8, Putrajaya

Image
Assalamualaikum  semuaaaa.. Sekarang mood tengah rajin nak update blog je .  jangan tanye kenape   😔 Sedia maklum bulan Oktober baru saje meninggalkn kite semalam. Dan Oct jugak my feveret month gituuuu.. sebab ape??  Sebab bulan oct ni bulan birthday kiterrrr. Ececececece .. selain tu bulan oct ni jugak bulan birthday untuk mak tersayang,  mak mertua tersayang dan abang-abang sado ku . Memang full pack dari awal Oct sampailah hujung Oct. That’s why kite suke bulan Oct . haha 8 th Oct 2017 genap la usia ku 18 tahun . eh, 28 tahun . * perasaanmudaremajasentiasaada Kali ni shuben tersayang celebrate my birthday dengan Shell Out at Seafood Fantastic !! Itu pun last minute plan. Surprise la kunun. Hehhe..Memang dah lame sangat teringin shell out ni.. Thanks hubbyyyy and anak ibuu ! Me love you so muchhhh ..   Jom kite review Shell Out at Seafood Fantastic  @ Ayer 8, Putrajaya . Lokasi memang dekat je dengan umah kami yang sekangkang kera tu . Time pergi mase tu

Fresh Fruit Cake for my birthday boy ! #tb

Image
Assalamualaikum mommies semua 😍 Harini nak citer pasal befday cake anak kite haritu. Tapi citer ni dah lame, mase bulan Feb 2017 aritu.  Dah nak befday baru dah nakk 😂 .. baru harini berkesempatan nk share. So, kite throwback jela mampu. hehe. Semoga menjadi panduan untuk ibu2 mommies2 semua ye. 😃 Sedia maklum birthday anak ku ialah 19hb Feb dan kebetulan date tu jatuh pada hari Ahad. So, ibu boleh la prepare apa yang patut. Dan sedia maklum jugak yg diriku sangat menitik berat soal makan anak2 ni. NO SUGAR NO SALT . Maka nya tercetus lah idea untuk buat birthday cake menggunakan fresh fruit. Ni pn hasil google images dan cadangan kawan2 bf group. Alhamdulillah. Thanks semua. Jom kite tengok cara-cara dan hasilnyaaaa.. Bahan-bahan: Tembikai susu Strawberry Kiwi Anggur Epal Cara-cara: 1. Cuci bersih dulu semua buahbuahan tu. Then ambil tembikai susu potong dua. buang bahagian tengah. then isi buah anggur or etc.Ni sebagai tapak nanti. 2. Potong buah epal untuk jad

Resipi dan Khasiat Chicken Bone Broth (CBB)

Image
Assalamualaikum mommies semua ! Harini ibufaqif nak share pasal resipi dan kebaikan Chicken Bone Broth or ringkas nya CBB ! Last month ibufaqif gigih masak CBB untuk budak kecik tu . Alhamdulillah everything menjadi. Nak masak CBB ni agak leceh sikit tap hasil nye memang berbaloi uolss. haha Ibufaqif share kebaikan dan khasiat CBB ni dulu ye. Antara khasiat-khasiat kenapa Bone Broth antara makanan yang healthy booster ini kerana ianya : 💚 Diperkaya dengan khasiat bahan mineral yang mudah untuk diserap ke dalam sel tubuh. Antara mineral yang ada dalam Bone Broth ni seperti kalsium, Magnesium, Phosphorus & trace minerals. 💚  Lemak yang terkandung dalam Bone Broth ini boleh mengatasi masalah leaky gut. 💚  Sumber gelatin & collagen terbaik. - Khasait gelatin & collagen ini untuk memperkuatkan sendi, memperkuat kuku & rambut, membantu masalah leaky gut & memperkuatkan connective tissues tubuh. 💚  Merawat adrenal fatigue 💚  Sumber asid amino yan

Tips Penyediaan Dan Penyimpanan Makanan Bayi

Assalam ibu2 semua. Harini ibufaqif share notes dari group kami . 💚 Tips Penyediaan Dan Penyimpanan Makanan Bayi 💛 Bayi tidak mampu menjilat sudu dengan lidah, jadi gunakan sudu plastik yang kecil dan nipis supaya dia boleh mengambil makanan dengan bibir. Sayur-sayuran yang berserat atau berbiji perlu dilenyek dan ditapis untuk mendapat tekstur yang lembut. Hampas sayuran tidak dapat dihadam pada umur ini. Makanan yang anda hendak sejuk beku haruslah ditutup dengan baik untuk mengelakkan ia daripada kering. Ia juga membantu mengekalkan kualiti makanan. Simpan di dalam bahagian sejuk beku yang boleh membekukan makanan daripada -18°C ke 0°C. Utk penyediaan, keluarkan puri semlmn utk memudahkan ibu. 6bulan ⬆ Puri Lobak (2 hidangan) Bahan-Bahan: 1⁄2 cawan lobak merah Air yang secukupnya untuk mengukus Cara memasak: Masukkan lobak merah ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut. Masukkan lobak merah dikukus

Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang

Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang BOLEH AYAM & DAGING * Burung puyuh * Burung merpati * ayam hitam * ayam didik * ayam selasih * ayam kampung * daging batang pinang * Ayam biasa (takut gatal) IKAN Penting: Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan Ikan haruan menyembuhkan luka. Ikan yu membanyakkan susu ibu * Ikan haruan * Ikan yu * Ikan selar * Ikan gelama * Ikan jenahak * Ikan merah * Ikan tenggiri * Ikan kurau * Ikan bawal putih * Ikan senangin * Ikan bilis TIDAK BOLEH * Ikan kering * Ikan masin * Ikan keli * Ikan bawal hitam * Ikan terubuk * Ikan duri * Ikan pari * Ikan sembilang * Ikan parang * ikan kembung * Ikan tamban * Ikan cencaru * Ikan tongkol * makanan laut     * udang     * sotong     * kerang ULAM ULAMAN Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksi

Tip Menjayakan Teknik Power Pumping

Image
Tip Menjayakan Teknik Power Pumping TIP #1 Jangan stress dan sedih jika sewaktu mula mengepam, jika stress anda hanya pam angin saja. Anda perlu konsisten dan teruskan usaha. TIP #2 Elakkan melihat jumlah susu yang terkumpul semasa mengepam. Ingat! tujuan teknik ini adalah untuk merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak susu di masa akan datang. TIP#3 Gunakan pam payu dara yang berkualiti. Pastikan emosi sewaktu melakukan power pumping adalah ceria dan bebas tekanan. Ini penting supaya hormon prolaktin mudah dirembeskan. Anda boleh mendengar alunan ayat Al-Quran atau melihat gambar dan video anak. Kerana ia salah satu cara mendamaikan. TIP #4 Lakukan power pumping di tempat yang selesa sebab anda memerlukan masa selama sejam. Boleh sediakan bahan bacaan supaya anda tidak kebosanan. Bekalan air juga perlu ada untuk memastikan anda tidak haus. xoxo TQ

10 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan

Image
Assalamualaikum mommies semuaa.. harini nak share pasal BF. Ni antara 10 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan 1. Setiap kali baby menangis lapar, terus susukan baby. Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil. Offer based on demand. Jika baby tiada dgn ibu, sila pam utk wujudkan demand setiap 2jam. 15min per sesi. Dapatkan pam yg heavy duty spt : 💡Spectra 💡Lacte 💡Medela 💡Malish 💡Autumnz 2. Susukan bayi sebelah breasts sehingga bayi kekenyangan setelah mendapat hindmilk( susu pekat) sehingga bayi sendiri yang melepaskan breast setelah dia kekenyangan. Ini akan merangsang lebih banyak penghasilan susu. Jgn tukar cpt sgt. 3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari Miss B untuk merangsang penghasilan susu. 4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Sbb kalau korang stress atau rasa xyakin boleh susukan baby automatik susu berkurangan. Sebab

Surga yang tak Dirindukan 2 - review

Image
ok, hakak bagi 10 bintang . cerita ni dah follow dari 1st sebab duk tayang kat Astro . kalau tak, sampai sudah tak tahu . haha Shuben pon ikut follow jugak. ku tengok petang, die sambung yg malam pulak sebab time tu Astro asyik ngulang je. astro kan ? haha yang part 2 tengok kat wayang sebab dah tak sabar nak tunggu kat tv . heheh so layankan je dengan shuben and dak kecik tu.  dak kecik tak leh duk diam , sebab rimas kena pegang. haha. nasib ambil seat hujung dan kat belakang. Last-last dak kecik duk kat belakang main merangkak dengan ayahnye 😝 Ape pon, cerite ni memang best ! and highly recommended 😃 TQSM  xoxo

Cara Buat Serbuk Beras, Serbuk Bilis dan Serbuk Ayam

Image
Assalam. Nak share camane buat serbuk beras perang or putih, serbuk bilis dan juga serbuk ayam. Serbuk Beras Putih 1-Basuh beras 2-Sangai 3-Blend smpi jd srbuk 4-Simpn dlm peti Nak masak: 1-Ambil sikit serbuk beras 2-ltak air sikit , kacau rata dan masak kejap atas dapur dalam 5 minit 3-Masuk serbuk bilis/puri/apa2 yg ssuai Serbuk beras perang 1. Rendam dulu beras dalam 12 jam dengan perahan lemon atau limau nipis. untuk memudahkan penghadaman baby and nak bubur cepat masak... bila korang rendam beras perang nih...color akan luntur and air tu akan berbau masam macam basi...jangan risau.. tu semua sebab proses penapaian ..then korang boleh terus masak dengan air rendaman tadi... tapi macam was-was sebab air tu berbau... cuci sekali lagi lepas rendam... 2. Then keringkan dalam semalaman... macam fa cuci beras dan keringkan semalaman...esok baru guna... 3.Esok pagi tu goreng beras tanpa minyak untuk pastikan beras tu kering sepenuhnya...kacau sikit bagi semua butir

Langkah / Step untuk kenalkan Solid Food kepada Baby

Image
Assalamualaikum w.b.t.. Sejak dah ade baby ni, memang ku gali dalam-dalam ilmu BF dan bile anak ku nak start solid food, ku gali pulak ilmu ni. Ilmu bab baby ni memang takkan pernah habis. Alhamdulillah ku dipertemukan dengan group whatsapp yang sangat2 membantu. Banyakkkkkkkkk sangat ilmu ku dapat. Admin-admin pun sangatlah ok dan same-same bantu mommies yang dalam buntu. So, daripada group tu, ku applykan untuk anakku.  Langkah pertama untuk kenalkan solid food pada baby ialah : 1. Ilmu yang cukup ^^, 2. Food storage/ Ice Tray kat bawah ni contoh yang ku guna. kalo takde, boleh gune yg bekas dadih tu.    3. Blender or hand blender ku pakai yg ni je . hehe Hand blender - senang bawak gi travel Food processor Autumn .  yang ni boleh steam dan blend 2 in 1 Food blender Little Beans . ni macam Hanis Jalikha pakai untuk Yusof Baby bullet - paling femes sebab all in 1 set . tak perlu nk cari bekas storage dah. 3. Steamer/ Peng

Asas Pemakanan Yang Baik Bermula Daripada Bayi

ASAS PEMAKANAN YANG BAIK DARIPADA BAYI 1. NO SUGAR, NO SALT DI BAWAH UMUR 2 TAHUN. Kenapa disarankan ibubapa tidak perlu beri anak-anak bawah umur 2 tahun garam dan gula atau mineral tambahan dalam makanan si kecil anda? Pada zaman ini, kebanyakan penyakit berpunca daripada amalan pemakanan kita yang tidak sihat, orang Malaysia khususnya dalam masakan Melayu terutamanya selalu sahaja kita berlebihan dalam 'penambahan rasa' dalam masakan. Penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah obesiti adalah penyakit yang biasa kita ketahui sinonim dengan rakyat Malaysia bukan? Mengapa hal ini terjadi? Salah satu sebabnya selain dipengaruhi faktor genetik, adalah kerana pengambilan garam dan gula berlebihan sedari kecil hingga dewasa pada individu-individu yang berpenyakit ini. Maka kami admin di sini menyarankan pengambilan gula, dan garam tambahan hanya diperlukan untuk anak-anak yang sudah menjangkau usia 2 tahun ke atas sahaja ini kerana, makanan semulajadi sudah cukup ad

Kandungan Cerelac ( Instant Food for Baby)

Kandungan Cerelac ( Instant Food for Baby) Mungkin ada ibu yang nak mulakan bagi baby makan dengan Nestum atau Cerelac atau apa-apa jenis bijirin bayi dari tin/ kotak yang dijual di pasaran. Banyak iklan menarik tentang ‘makanan segera’ ini yang menunjukkan betapa baby gembira dan berselera bila diberi makan. Namun persoalannya, benarkah ‘makanan segera’ ini berkhasiat untuk si manja kita? Cuba lihat pada bahan-bahan yang tertulis pada belakang tin/ kotak bijirin bayi tersebut. Anda ada nampak perkataan ‘Saturated Fatty Acid, Trans Fatty Acid, Sodium dan Sugar’ tak? Jika ada, anda sedang memberi baby anda sesuatu yang tidak sihat. Nak tahu kenapa? Jom baca, fahami dan nilai sendiri apa yang anda beri kepada anak anda. “The results of this survey are staggering. Many foods marketed for babies and young children are often advertised as “healthy”. In reality, in terms of sugar and saturated fat content, some are worse than junk food. In particular, failing to correctly lab

First Solid Food untuk Baby

Babyfood 1 by Pojiah Selamat ==================== •Kenapa perlu beli sedangkan ibu boleh memasak sajian pertama baby ketika bermula proses makan ketika 6bulan• ==================== 1. Bilakah waktu yg sesuai? Tepat pada hari jadi anak yg ke 6bulan 2.  Apakah makanan yang sesuai? Beri makan puri sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Berselang dengan puri buahan. 3. Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur? Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Lebih baik perkenalkan semi-solid seperti tekstur halus dari jenis sayuran dan buahan supaya perut dan usus bersedia langkah demi langkah utk proses digestion. 4. Sehari berapa kali makan? Bermula 1 kali dahulu pada waktu pagi selepas mandi. 5. Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi? 1 oz atau 5sudu kecil sudah memadai sekali makan hanya sekali sahri . 2-3hari perlahan-lahan tambah 2x dalam sehari  dan seterusnya 3x sehari. Brea