Bisik Pada Langit

Assalamualaikum semuaa...

This time nak review and share pasal hot movie haritu yang netizen duk kate best best sampai meleleh air mate kuar wayang. Ni dia citernyaaa ...

Image result for bisik pada langit

Alhamdulillah sempat jugak pergi tengok cerita ni kat GSC Alamanda. Kebetulan dapat free ticket sempena birthday kiterrrr . 😉
Discuss dengan husband nak tengok citer ape ni? Nak tengok citer kartun, faqif je yang tengok nanti. Tak adil . hahaha . Husband nak sangat tengok Bisik pada Langit ni . So we all decided tengok jugak cerita ni. Dan nasib baik jugak wayang start, Faqif dah sedut susu sebotol,dah kenyang makan, die pun start wayang tido sampai habis movie.
Bijak anak ibuayah ni . hihi . Lengan ayah pun sado sebab duk pangku awak 😂

Memang kami layan movie tu sampai habis dan memang sadis sangat-sangat. Berjurai-jurai airmata ni. Belum ape-ape lagi, airmata dah bergenang jee.. Kite memang tak boleh kalau bab-bab family ni . Memang sensitif yang amat. 😢😢

Rating : 10/10 ✫

Memang tak rugi pergi tengok. 

Realiti hidup sebuah keluarga.

By the way, lagu tema die pun best .

Tajuk : Lygophobia
Penyanyi : Akim & The Majistret
Lirik : Laq
Komposer : Hang Nadim

Ni sedikit sinopsis cerita ni.

Mengisahkan pengorbanan Wak Selamat (Jalil Hamid) sebagai seorang ayah yang dilihat begitu menyayangi anak perempuannya dan sanggup menunaikan segala kehendak permata hatinya ini bagi memastikan kebahagiaan dikecapi beliau pada setiap masa. Siti Hajar (Ummi Nazeera) merupakan satu-satunya anak perempuan dari tiga beradik. Sama seperti ayahnya, abang beliau, Zaidi (Beto Kusyairi) dan adiknya, Ikram (Naim Daniel) turut perlu berkorban semata-mata demi memastikan cita-cita Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaran di Perth, Australia dapat direalisasikan. Walaupun dalam keadaan berat hati, Wak Selamat perlu membenarkan anaknya pergi dengan harapan Siti Hajar dapat membawa pulang segulung ijazah seterusnya membantu keluarga yang selama ini hidup dalam serba kekurangan.

Harapan Wak Selamat musnah apabila Siti Hajar dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Perth. Lebih meremukkan hati Wak Selamat adalah apabila beliau hanya mengetahui akan hobi anaknya yang gemar menunggang motosikal selepas dari kecelakaan yang menimpa Siti Hajar, namun pada masa yang sama, semua ahli keluarga sudah mengetahuinya sejak dari duhulu lagi. Siti Hajar kini berada dalam keadaan kritikal dan koma di negara asing yang menjadikan keluarganya di Malaysia tidak senang duduk dan ditindih keresahan.

Tidak cukup sekadar memanjatkan doa agar dipermudahkan segalanya, Wak Selamat terus berusaha mencari jalan agar beliau dapat pergi ke Australia untuk melihat sendiri keadaan anak kesayangannya itu. Tanah yang ada digadaikan, rumah pula dipajakkan, saudara mara ada yang membantu tetapi kebanyakkan dari mereka dilihat lebih banyak mencemuh kerana tidak setuju akan keputusan Wak Selamat untuk pergi melawat anaknya di Australia kerana ia diandaikan sebagai satu pembaziran kepada mereka yang terang-terangan hidup susah di sini. Wak Selamat dan keluarganya dinasihatkan untuk terus menanti akan keputusan doktor dengan penuh pasrah di Malaysia. Tetap berdegil dengan keputusan beliau, Wak Selamat terus dengan pendiriannya untuk pergi ke Australia melawat anaknya. Namun begitu, adakah usaha Wak Selamat selama ini bakal menemui jalan buntu, dan adakah Siti Hajar akan kembali sedar atau Wak Selamat terlewat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya?

 credit to: http://www.myinfotaip.com/2016/09/bisik-pada-langit.html


Thank you sudi singgah !!
muaxx

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Buat Serbuk Beras, Serbuk Bilis dan Serbuk Ayam

Kandungan Cerelac ( Instant Food for Baby)

My Birthday @ Shell Out Seafood Fantastic @ Ayer 8, Putrajaya