Kandungan Cerelac ( Instant Food for Baby)

Kandungan Cerelac ( Instant Food for Baby)

Mungkin ada ibu yang nak mulakan bagi baby makan dengan Nestum atau Cerelac atau apa-apa jenis bijirin bayi dari tin/ kotak yang dijual di pasaran. Banyak iklan menarik tentang ‘makanan segera’ ini yang menunjukkan betapa baby gembira dan berselera bila diberi makan. Namun persoalannya, benarkah ‘makanan segera’ ini berkhasiat untuk si manja kita?
Cuba lihat pada bahan-bahan yang tertulis pada belakang tin/ kotak bijirin bayi tersebut. Anda ada nampak perkataan ‘Saturated Fatty Acid, Trans Fatty Acid, Sodium dan Sugar’ tak? Jika ada, anda sedang memberi baby anda sesuatu yang tidak sihat. Nak tahu kenapa? Jom baca, fahami dan nilai sendiri apa yang anda beri kepada anak anda.

“The results of this survey are staggering. Many foods marketed for babies and young children are often advertised as “healthy”.

In reality, in terms of sugar and saturated fat content, some are worse than junk food. In particular, failing to correctly label products that contain dangerous trans fats is outrageous.”

” Keputusan kajian ini adalah mengejutkan. Kebanyakan makanan yang dipasarkan untuk baby dan kanak-kanak sering diiklankan sebagai ‘sihat’. Pada hakikatnya, dari segi kandungan gula dan lemak tepu, ada yang lebih teruk dari makanan ringan. Kegagalan untuk melabel produk yang mengandungi lemak tepu dengan betul adalah sesuatu yang keterlaluan”

Apakah itu Saturated Fat?

Ia adalah lemak tepu yang membantu kekalkan makanan dalam keadaannya dan menjadikan makanan sangat sedap seperti ianya mencair dalam mulut (melt in mouth). Pengambilan lemak tepu ini boleh meningkatkan risiko sakit jantung, strok dan sebagainya kerana ia meningkatkan kadar Kolesterol jahat LDL dalam darah

Apakah itu Trans Fat?

Ia adalah kumpulan lemak yang paling tidak berkhasiat sekali dan fungsinya sama dengan saturated fat. Ia meningkatkan Kolesterol Jahat LDL dan menurunkan Kolesterol Baik HDL dalam darah..
Sodium
Kandungan sodium yang diperlukan oleh baby sehinggalah berusia 2 tahun hanyalah kurang dari 0.4 gram. Ini boleh didapati dari susu yang diminum setiap hari serta dari puree buah-buahan dan sayuran. Kandungan sodium yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang mereka. Cuba tengok berapa banyak kandungan Sodium dalam ‘makanan segera’ anak anda? Check label makanan segera spt Cerelac, Heinz, Gerber dll
Sugar
Nestum juga content gula ringkas iaitu Maltodextrin yg mana diguna pakai secara meluas masa kini. Buah pinggang ank terlalu fragile utk menguraikan gula tersebut.

By:Pojiah Selamat


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Buat Serbuk Beras, Serbuk Bilis dan Serbuk Ayam

My Birthday @ Shell Out Seafood Fantastic @ Ayer 8, Putrajaya