Langkah / Step untuk kenalkan Solid Food kepada Baby

Assalamualaikum w.b.t..

Sejak dah ade baby ni, memang ku gali dalam-dalam ilmu BF dan bile anak ku nak start solid food, ku gali pulak ilmu ni. Ilmu bab baby ni memang takkan pernah habis. Alhamdulillah ku dipertemukan dengan group whatsapp yang sangat2 membantu. Banyakkkkkkkkk sangat ilmu ku dapat. Admin-admin pun sangatlah ok dan same-same bantu mommies yang dalam buntu.

So, daripada group tu, ku applykan untuk anakku.
 Langkah pertama untuk kenalkan solid food pada baby ialah :

1. Ilmu yang cukup ^^,

2. Food storage/ Ice Tray

kat bawah ni contoh yang ku guna. kalo takde, boleh gune yg bekas dadih tu. 

Image result for food storage puree autumn Image result for ice cube food

3. Blender or hand blender

Image result for blender shake and take
ku pakai yg ni je . hehe

Image result for hand blender philips
Hand blender - senang bawak gi travel

Image result for food blender autumn
Food processor Autumn . 
yang ni boleh steam dan blend 2 in 1


Image result for food blender autumn
Food blender Little Beans . ni macam Hanis Jalikha pakai untuk Yusof

Related image

Baby bullet - paling femes sebab all in 1 set . tak perlu nk cari bekas storage dah.

3. Steamer/ Pengukus


ku pakai yg ni. jimat . haha
Image result for rice cooker khind



4. Penapis  

untuk tapis bubur or puri bile dah siap blend

Image result for penapis makanan

tak kisah jenis ape. janji dapat tapis halus lagi mulussss ^^,


5 . Pinggan / Sudu untuk baby 

Related image

nak gune spoon feeder pon ok jugak

Image result for spoon feeder

kalau untuk buah-buah yg lembut, boleh gune food feeder. ni ku gune untuk anakku. Cuma nye mak2 kena bertabah sikitla sebab confirm sepah. haha

Image result for fruit feeder


Yang paling penting ialah KERAJINAN

Ok done part ni. 

Next is how to introduce solid food for baby.

ku follow jadual ni. dan jangan lupa 4 day rules . 4 day rules ni sangat sangat penting sebab kite nak tengok kesesuaian baby tu serasi tak dengan makanan tu. Bukan sesaje kite apply. Kite nak detect alergik dan semuanye. if nak tukar kurma dulu then epal, pon boleh. Jadual ni untuk rujukan je.



Kalau yang tak tahu camne nak buat puri baby. Boleh follow this one.

Antara buah yang blh utk puree
* apple merah ( hijau xmo)
* kurma
* avocado
* betik
* pisang
* dragon fruit
* pear

Sayur
* labu
* brokoli
* carrot
* sweet potato

Utk
* buah kena steam - apple,kurma,pear, - utk mudahkan proses blend

Sayur 
Utk sayur blh letakkan sedikit halia utk elak kembung

Puree blh campur dgn susu ibu.✅


CARA-CARA MENYEDIAKAN MAKANAN BAYI ANDA

Sebenarnya mudah je nak sediakan makanan bayi ni, jangan kelam kabut, jangan gelabah. Bayi baru makan bukan boleh makan macam-macam kan, mula-mula tu hanya puree buah dan sayur.

Ok jom kita tengok cara penyediaannya....

🌷Macam ni saya nak buat stok, so bila kita buat stok memudahkan dan juga memendekkan masa kita di dapur. Jadi saya pilih lobak merah, epal, kacang peas dan labu. Buangkan kulit pada setiap sayur dan buah kecuali kacang peas kemudian cuci bersih-bersih.

Lepas dah cuci bersih tadi, potong kecil-kecil supaya cepat lembut. Pastu kita masuk dalam tempat pengukus. Tujuan kita kukus atau 'stim' adalah supaya mengurangkan nutrisi pada buah atau sayur itu hilang.

🌷Kalu rebus akan banyak nutrisi buah atau sayur akan hilang, itu belum termasuk lagi jika kita memasaknya.

🌷Lepas dah stim tadi kita blend satu-satu jenis sampai lembut dan halus texture nya supaya bayi yang baru makan senang nak hadam selain elakkan sembelit juga.

Bila dah blend, kita tapis dulu supaya lagi halus. Saya gunakan penapis besi yang sederhana. Lebihan hampas buah atau sayur tadi, boleh dibuang, kalau ibu nak makan pun boleh... ;-)

🌷Dah siap tapis, boleh la masuk dalam bekas kecil atau bekas yang bertutup. Saya gunakan bekas dadih dan 'ice tray' kemudian simpan dalam peti sejuk beku, 'frozen'kan.

'🐞Ice tray ni saya beli kat daiso, RM5 sebekas. Buat puree ni masuk dalam bekas kecil-kecil senang, nak masak amik sikit-sikit.🐞

‼‼Bila dah keluarkan puree dari freezer dan cairkan, dah tak boleh masuk balik, kena habiskan dalam masa 24jam. 

🌷Puree kena simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku. Ianya tahan selama 3 hingga 6bulan. Untuk lebih mudah, labelkan pada bekas tarikh puree dibuat. Tapi untuk bayi, lebih baik kita cuba habiskan sekurangnya dalam masa seminggu dua sahaja, buat sikit-sikit.

Cara cairkan puree:

Cara cairkan puree yang beku ni, kita keluarkan dulu dari peti sejuk, kemudian biarkan ia pada suhu bilik seketika sebelum menggunakannya. Selepas itu boleh rendam puree dalam air panas. Bila puree dah cair dan suam bolehla beri kepada bayi.

Ikhlas
Cp :sihattoyou.

Sekian !
#ibumfi


Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Serbuk Beras, Serbuk Bilis dan Serbuk Ayam

Kandungan Cerelac ( Instant Food for Baby)

My Birthday @ Shell Out Seafood Fantastic @ Ayer 8, Putrajaya