Asas Pemakanan Yang Baik Bermula Daripada Bayi

ASAS PEMAKANAN YANG BAIK DARIPADA BAYI

1. NO SUGAR, NO SALT DI BAWAH UMUR 2 TAHUN.

Kenapa disarankan ibubapa tidak perlu beri anak-anak bawah umur 2 tahun garam dan gula atau mineral tambahan dalam makanan si kecil anda?

Pada zaman ini, kebanyakan penyakit berpunca daripada amalan pemakanan kita yang tidak sihat, orang Malaysia khususnya dalam masakan Melayu terutamanya selalu sahaja kita berlebihan dalam 'penambahan rasa' dalam masakan.

Penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah obesiti adalah penyakit yang biasa kita ketahui sinonim dengan rakyat Malaysia bukan? Mengapa hal ini terjadi? Salah satu sebabnya selain dipengaruhi faktor genetik, adalah kerana pengambilan garam dan gula berlebihan sedari kecil hingga dewasa pada individu-individu yang berpenyakit ini.

Maka kami admin di sini menyarankan pengambilan gula, dan garam tambahan hanya diperlukan untuk anak-anak yang sudah menjangkau usia 2 tahun ke atas sahaja ini kerana, makanan semulajadi sudah cukup ada rasa manis dan masin juga mengandungi mineral semulajadi untuk anak-anak mendapatkan rasa tersebut juga mineral tersebut.

Susu ibu mahupun susu formula juga sudah ada kandungan mineral yang diperlukan untuk anak anda.

Selain itu, buah pinggang anak juga masih belum cukup matang untuk memproses mineral dengan baik sebelum umur 2 tahun.

Maka dengan ini, selain garam dan gula tambahan, penggunaan bahan penambah rasa seperti kicap, sos yang mana mengandungi garam, gula dan MSG juga tidak harus diberikan.

Boleh rujuk penerangan di bawah ini yang mana kenyataan tidak perlu garam, gula, sos atau kicap bagi anak di bawah umur 2 tahun dan kita juga tidak perlukan MSG dalam makanan seharian kita :

Video daripada Alina Ita Azhar, Pakar Pemakanan Hospital Pantai Kuala Lumpur.
http://youtu.be/NuNOu9bqGVc

Ini penerangan daripada dr. Fiastuti Witjaksono, MSc, MS, SpGK
Rujuk profil beliau di http://cme.fk.ui.ac.id/?page_id=437

“Tidak ada satu jenis makanan pun yang sempurna, sehingga makin bervariasi makanan akan makin baik. Perhatikan pula kualitas makanan di mana gizinya harus lengkap, dan gunakan bahan makanan segar. Pengolahannya juga harus baik, seperti memasak tidak terlalu matang, tidak dihangatkan, dan tanpa penyedap rasa,” jelas dr Fiastuti Witjaksono SpGK usai talkshow ‘Best Parenting for Busy Parents’ yang diselenggarakan Philips Avent di Hotel Gran Melia, Jakarta, baru-baru ini.

Sebagai panduan, dr Fiastuti memaparkan komposisi gizi seimbang dalam satu porsi makanan si kecil, yakni karbohidrat (utamakan karbohidrat kompleks) 50-60 persen, protein 10-25 persen (hewani: nabati = 2 : 1), lemak (SAFA, MUFA, PUFA) 25-40 persen, serta vitamin dan mineral (A,D,E,K,B,C, Ca, dan sebagainya). Namun, dr Fiastuti menegaskan, ada beberapa makanan yang harus dihindari bayi di bawah 1 tahun.

“Beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari anak usia di bawah 1 tahun, yaitu gula, garam, madu, kacang-kacangan, dan susu sapi. Bahkan makanan ini bisa ditunda hingga anak usia 2 tahun,” tambah spesialis gizi RS Cipto Mangunkusumo ini.

Secara naluriah, diimbuhkan dr Fiastuti, anak pada dasarnya belum mengenal rasa makanan sehingga cenderung tidak memilih makanan. Jika terbiasa mengkonsumsi makanan yang diberi penambah rasa, mereka akan terbiasa dengan rasa tersebut. Alhasil, si kecil hanya mau makan kalau makanannya berasa.

“Tidak perlu ditambahkan rasa asin atau manis. Toh, makanan alami sudah mengandung gula, seperti nasi atau labu. Makin benar orangtua mengajarkan pola makan, maka makin mudah anak menerima makanan karena mereka mudah menyesuaikan dengan pola makan yang diterapkan orangtua,” tukasnya.

Madu sebaiknya tidak diberikan karena beresiko mengandung bakteri Clostridium yang bisa menyebabkan botulisme. Juga kacang-kacangan dan susu sapi yang beresiko menyebabkan alergi pada bayi.

“Kenalkan makanan satu demi satu pada bayi, jangan dicampur. Kemudian, tunggu empat hari untuk memperkenalkan makanan baru lainnya, agar terlihat apakah bayi memiliki reaksi alergi terhadap makanan itu atau tidak,” jelasnya.

Tips menambah rasa semulajadi dalam makanan / minuman si kecil daripada admin :

Manis -Boleh dapatkan daripada sumber buah-buahan seperti kurma, kismis atau buah yang masak ranum dan rasa manis buah. Madu boleh diberikan selepas umur 1 tahun ke atas.

Masin -Boleh dapatkan daripada sumber ikan bilis yang telah direndam, dan dikisar halus, jadikan perasa dalam makanan anak anda, keju jenis blok juga sudah ada rasa masin, selain itu daun saderi (celery) juga antara rasa masin semulajadi.

Didiklah lidah anak dengan rasa makanan semulajadi dan lambatkan pemberian gula dan garam supaya anak-anak kita sentiasa mampu mengawal nafsu makan makanan manis atau masin sahaja sehingga dewasa sekaligus menghasilkan generasi yang sihat.

2. MSG - elakkan untuk semua peringkat umur.

Apakah dia MSG?

MSG, singkatan dari monosodium glutamat atau mononatrium glutamat adalah bahan kimia penambah perisa makanan yang ada hampir dalam semua makanan proses yang kita makan hari ini. Ajinomoto adalah satu jenama untuk produk 100% MSG.

MSG mula-mula dihasilkan oleh seorang saintis Jepun yang ingin mengkaji bagaimana untuk membuatkan makanan supnya jadi sedap. Beliau akhirnya menemui sejenis bahan yang terdapat di dalam rumpai laut yang merangsang lidah manusia dan membuatkan makanan jadi lebih sensasi dari biasa. Penggunaan yang semakin berleluasa dan stok yang semakin terhad telah membuatkan bahan sensasi ini dihasilkan di makmal. Hari ini, tiada lagi MSG yang didapati dari sumber semulajadi dalam rumpai laut sebaliknya ia dihasilkan melalui kaedah fermentasi bakteria.

http://thesecretmedicines.blogspot.com/2012/09/lidah-kita-sudah-sebati-dengan-msg.html

Boleh rujuk juga :
http://en.wikipedia.org/wiki/Monosodium_glutamate

Kesan sampingan MSG boleh rujuk :

http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2007/08/28/dangers-of-msg.aspx?aid=CD12

http://www.huffingtonpost.com/dr-mercola/msg-is-this-silent-killer_b_491502.html

3. FAKE FOOD - elakkan untuk semua peringkat umur

Apakah maksud 'Fake Food' ?

1. Instant food / makanan segera
2. Processed food / makanan terproses

Kedua-duanya adalah makanan yang sudah tidak asli atau semulajadi. Sudah diproses , terubah kejadiannya daripada bentuk asal dan di dijual secara kormesil.

Pada kebiasaanya, ia akan melibatkan pelbagai proses sehingga menyebabkan khasiat makanan asli itu sudah kurang atau tiada lagi. Ini diburukkan lagi dengan penambahan bahan-bahan kimia, zat sintetik, perasa atau pewarna tiruan , pengawet untuk memastikan produk tersebut tahan lama bertahun-tahun di dalam paket atau tin dan malangnya boleh menyebabkan penyakit.

Contoh : Nestum, Cerelac, Instant Puree (Heinz, Gerber etc), kordial, Ribena, Vitagen, Vitamin sintetik, burger, hotdog, fast foods etc

Maka dengan itu, selaras dengan matlamat 'Semulajadi' GNRAM menyarankan anda menjaga sebaiknya pemakanan kita sentiasa daripada seawal bayi lagi. Ajar anak makan makanan sebenar (real food) dan semulajadi.

Mulakan makanan anak daripada umur 6 bulan, perkenalkan puri buah terdahulu, rujuk carta pemakanan bagi memilih makanan yang sesuai ya.

Semoga kita semua dalam keadaan sihat sentiasa.

PESANAN:
*Anak anda,memang hak anda, jika anda tidak bersetuju dengan saranan ini, kami tiada paksaan , tapi adalah dilarang mengesyorkan apa-apa yang tidak kami sarankan di sini kepada ahli lain.

https://www.facebook.com/homemadehealthycereal/

*sumber dari GNRAM

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Serbuk Beras, Serbuk Bilis dan Serbuk Ayam

Kandungan Cerelac ( Instant Food for Baby)

My Birthday @ Shell Out Seafood Fantastic @ Ayer 8, Putrajaya