Posts

Showing posts from April, 2017

Tips Penyediaan Dan Penyimpanan Makanan Bayi

Assalam ibu2 semua. Harini ibufaqif share notes dari group kami . 💚 Tips Penyediaan Dan Penyimpanan Makanan Bayi 💛 Bayi tidak mampu menjilat sudu dengan lidah, jadi gunakan sudu plastik yang kecil dan nipis supaya dia boleh mengambil makanan dengan bibir. Sayur-sayuran yang berserat atau berbiji perlu dilenyek dan ditapis untuk mendapat tekstur yang lembut. Hampas sayuran tidak dapat dihadam pada umur ini. Makanan yang anda hendak sejuk beku haruslah ditutup dengan baik untuk mengelakkan ia daripada kering. Ia juga membantu mengekalkan kualiti makanan. Simpan di dalam bahagian sejuk beku yang boleh membekukan makanan daripada -18°C ke 0°C. Utk penyediaan, keluarkan puri semlmn utk memudahkan ibu. 6bulan ⬆ Puri Lobak (2 hidangan) Bahan-Bahan: 1⁄2 cawan lobak merah Air yang secukupnya untuk mengukus Cara memasak: Masukkan lobak merah ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut. Masukkan lobak merah dikukus