Tips Penyediaan Dan Penyimpanan Makanan Bayi

Assalam ibu2 semua. Harini ibufaqif share notes dari group kami .

💚 Tips Penyediaan Dan Penyimpanan Makanan Bayi 💛

Bayi tidak mampu menjilat sudu dengan lidah, jadi gunakan sudu plastik yang kecil dan nipis supaya dia boleh mengambil makanan dengan bibir.
Sayur-sayuran yang berserat atau berbiji perlu dilenyek dan ditapis untuk mendapat tekstur yang lembut. Hampas sayuran tidak dapat dihadam pada umur ini.

Makanan yang anda hendak sejuk beku haruslah ditutup dengan baik untuk mengelakkan ia daripada kering. Ia juga membantu mengekalkan kualiti makanan.
Simpan di dalam bahagian sejuk beku yang boleh membekukan makanan daripada -18°C ke 0°C.

Utk penyediaan, keluarkan puri semlmn utk memudahkan ibu.

6bulan ⬆

Puri Lobak (2 hidangan)

Bahan-Bahan:

1⁄2 cawan lobak merah
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:

Masukkan lobak merah ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.
Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya.Blend halus dan tapis lobak merah sehingga menjadi puri.

Cadangan:

Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.

Lobak merah juga boleh digantikan dengan :

💡kacang peas
💡brokoli
💡cauliflower
💡parsnip

Puri Buah-buahan (2 hidangan)

Puri epal untuk makanan bayi

Bahan-bahan:

1 biji epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
1 cawan air

Cara memasak:

Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
Masukkan buah epal ke dalam periuk. Tutup dan steam selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
Lenyek epal dengan menggunakan handblender atau penapis sehingga menjadi puri.

Cadangan:

Hidang bersama susu ibu.
Buah epal 🍎 boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti :

perlu steam
💡sweet potatoes
💡avocado
💡pumpkin
💡butternut squash
💡pir
💡tembikai susu

yg xperlu steam
🔦pisang
🔦betik
🔦dragonfruit

Bubur Nasi ( 2 hidangan) 7bulan⬆

Bahan-Bahan:

1⁄4 cawan beras, basuh dan beku semlm.
1 3⁄4 cawan air

Cara memasak:

Didihkan air. Masukkan beras yang beku, kacau dari semasa ke semasa.
Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
Hidangkan semasa panas.

Tips Penyediaan:

Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat).

Cara memasak beras perang perlu rendam bersama air lemon atau tepung atta utk proses penapaian bijirin beras perang. Tukar air setiap 3-4jam dan simpan di dlm chiller.

Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.

Boleh masak beras bersama ikan bilis yg telah direndam atau ikan bilis tlh di sangai.

Stok Ayam 8bulan⬆

Stok ayam ini boleh menambah perisa kepada makanan bayi.

Bahan-bahan:

800 g tulang ayam atau kaki
daun sup
2inci halia
3ulas bwg putih
4 cawan air

Cara memasak:

Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku daripada tulang ayam.

Didihkan 1 liter atau 4 cawan air dan masukkan tulang ayam. Sebaik sahaja mendidih, reneh ayam selama 45 minit atau sehingga pati tinggal separuh daripada jumlah asal.
Tapis dan biarkan sejuk. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk semalaman. Setelah disejukkan, buang lapisan lemak di bahagian atas.
Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu atau boleh disejuk bekukan sehingga sebulan.

Cadangan:

Hidang bersama bubur bayi untuk menambah perisa.

by : Pojiah Selamat

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Serbuk Beras, Serbuk Bilis dan Serbuk Ayam

Kandungan Cerelac ( Instant Food for Baby)

My Birthday @ Shell Out Seafood Fantastic @ Ayer 8, Putrajaya