First Solid Food untuk Baby

Babyfood 1 by Pojiah Selamat
====================
•Kenapa perlu beli sedangkan ibu boleh memasak sajian pertama baby ketika bermula proses makan ketika 6bulan•
====================
1. Bilakah waktu yg sesuai? Tepat pada hari jadi anak yg ke 6bulan

2.  Apakah makanan yang sesuai? Beri makan puri sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Berselang dengan puri buahan.

3. Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Lebih baik perkenalkan semi-solid seperti tekstur halus dari jenis sayuran dan buahan supaya perut dan usus bersedia langkah demi langkah utk proses digestion.

4. Sehari berapa kali makan? Bermula 1 kali dahulu pada waktu pagi selepas mandi.

5. Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
1 oz atau 5sudu kecil sudah memadai sekali makan hanya sekali sahri . 2-3hari perlahan-lahan tambah 2x dalam sehari  dan seterusnya 3x sehari. Breakfast, lunch dan dinner.

6. Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Tolong  tunggu 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam. Jangan laju sgt.

7. Tempoh puri di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan. Sebaiknya buat stok puri setiap minggu.

8. Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

9.  Bagaimana mahu buat puri?
Kupas, steam, blend halus dan tapis. Tekstur halus mulus

10. Bila beri anak makan, mesti beri air masak?
Semestinya. Once dah makan, sila offer anak air masak.

11. Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

12. Sepanjang anak berumur 6 bulan, hanya makan puree?

Fahami tentang konsep semisolid dan solid. Tak perlu laju sgt. Berikan masa kepada perut dan usus utk proses yg baru dan digestion yg baik.

13. Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?

WHO menyarankan pd umur 6 bulan. Selama 6 bulan, perut anak hanya boleh terima susu sahaja. Jika beri terlalu awal, perut dan usus akan bekerja keras. Kasihan perut dan usus anak. Byk masalah jika start terlalu awal. Please sabar ye ibu.

14.Pengenalan pisang utk permulaan solid adalah yang terbaik kerana tidak perlu di masak.

Intro sama ada lenyekkan dan tambah sikit ebm atau pun letak dlm food feeder dan biarkan proses kunyahan berlaku. Pisang emas shj.

15. Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.

Proses pembelajaran yg baru sedang berjalan dan penerimaan anak juga ambil sedikit masa. Ibu teruskan usaha dan berikan yg terbaik utk anak anda. Jangan paksa utk elak trauma.

16. No artificial salt and sugar utk 2tahun ke bawah.

Anak tidak perlukan sebarang perasa artificial dlm makanan mereka. Dalam setiap makanan sudah Allah jadikan masin, masam, manis, pahit semulajadi di dalamnya. Contoh rasa masin (celery), manis (keledek, labu), masam (tomato, oren) dan pahit (peria). Alangkah hebatnya Allah.

Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai.

Kalau tidak percaya, cuba sekali kita makan nasi sahaja dahulu sebelum tambah apa-apa kuah/lauk. Bukankan rasa nasi itu lemak manis.

17.Kentang boleh bagi pada baby berusia 6mo? Apakah perbezaan kentang dan keledek?

Kentang 8-10mo. Sweet potato = Keledek 6mo ke atas. Kentang berkanji dan tak banyak khasiat seperti keledek. Sebab itu tidak disarankan seawal 6mo sebab boleh menyebabkan sembelit.

18. Bila boleh intro bayam dan sayuran hijau?

Bayam, sayur hijau yang agak tebal daunnya 10-12mo. kalau baby ada masalah sembelit boleh lambatkan sikit sebab bayam tinggi zat besi yang boleh menyebabkan sembelit.

19.  Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?

Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed  (Banana, Rice). Stop 'P'.

20. Kenapa kena tunggu ayam sampai 8mo? Dan ikan ketika 10mo.
Disarankan utk berikan protein ikan bilis sahaja ketika 7m utk minimum kan risiko alahan pada ank kecil kita. Ketika 8mo, system digestion anak lebih bersedia utk menyerap segala iron dan kompleks protein.
Ikan pula disarankan pada 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak.

Cth ikan yg rendah merkuri spt salmon, merah, jenahak dll
Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

21. Bagaimana nak naikkan berat badan anak?

Beri avocado utk 6mo. 8mo ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee. Extra virgin olive oil (EVOO) boleh bantu naikkan berat. Bayi 6 bulan belum boleh beri EVOO. Tunggu 7mo ke atas. Cream cheese utk 8mo dan Slice cheese utk 10mo.

22. Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?

Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

23. Cara untuk rendam bijirin (beras perang dan  rolled oats)

Beras Perang ( Beras ini adalah terbaik utk diperkenalkan kerana kadar kanji yg sederhana dan banyak vitamin yg masih terpelihara kerana tidak melalui proses bleaching).

Campurkan 1 cawan beras perang dengan 1 cawan air suam dan 1 sudu besar jus lemon di dalam periuk. Atau 1 atau 2 sudu besar tepung gandum. Biarkan beras perang yang direndam itu pada chiller selama 24 jam atau sekurang-kurangnya 12 jam.Pastikan air di tukar dlm 3-4 jam skali .Selepas tempoh itu, tambah satu lagi cawan air. Sudah boleh dimasak pada api sederhana sampai likat.

Rolled Oats
Campurkan 1 cawan rolled atau steel cut oats dengan 1 cawan air suam dan 1 sudu besar jus lemon di dalam periuk. Tambah 1 atau 2 sudu besar tepung gandum. Biarkan oats yang direndam itu pada suhu bilik selama 24 jam atau sekurang-kurangnya 12 jam. Selepas tempoh itu, tambah satu lagi cawan air. Sudah boleh dimasak pada api sederhana sampai likat. (Tidak perlu bersihkan). Masukkan buah2an dan susu ibu ketika oat hampir masak

Beras biasa dan beras wangi tak perlu proses merendam.

24. Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?

Tak boleh. Tak sesuai. Terlalu tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.

25. Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?

Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

26. Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?

Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.

Ini sedikit penerangan :

Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.

Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.

Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.

27. Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?

Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.

Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.

Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi.

Untuk deep fried, minyak sawit adalah paling sesuai digunakan. Minyak zaitun tidak boleh digunakan pada suhu yg tinggi.

28.  Jenis makanan yg boleh menaikkan berat badan ank.
Fresh type : Avocado, Pisang, Sweet Potatoes, Telur
Lain2: Unsalted butter, Minyak sapi(ghee), Cheese (cream cheese dan slices cheese), Beras Wangi.

29. Tekstur bubur?

Berikan tekstur halus pd 7mo. sederhana kasar ketika 8-10mo. Dan kasar pd 10-12mo. Jika ank rejek, patah blk tekstur sebelum nya. Jgn risau nnt ank akn terima mknn kasar. Offer fingerfood dan buah sbg snack

Comments

  1. Tq untuk info yg sangat berguna ni.Bole jadikn rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. same2 . lets enjoy our babyfood journey together ! :)

      Delete
  2. Very useful info here. Million thanks to writer for doing her great job by sharing this

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Buat Serbuk Beras, Serbuk Bilis dan Serbuk Ayam

Kandungan Cerelac ( Instant Food for Baby)

My Birthday @ Shell Out Seafood Fantastic @ Ayer 8, Putrajaya