Resipi dan Khasiat Chicken Bone Broth (CBB)

Assalamualaikum mommies semua !

Harini ibufaqif nak share pasal resipi dan kebaikan Chicken Bone Broth or ringkas nya CBB !
Last month ibufaqif gigih masak CBB untuk budak kecik tu . Alhamdulillah everything menjadi.
Nak masak CBB ni agak leceh sikit tap hasil nye memang berbaloi uolss. haha

Ibufaqif share kebaikan dan khasiat CBB ni dulu ye.


Antara khasiat-khasiat kenapa Bone Broth antara makanan yang healthy booster ini kerana ianya :

💚 Diperkaya dengan khasiat bahan mineral yang mudah untuk diserap ke dalam sel tubuh. Antara mineral yang ada dalam Bone Broth ni seperti kalsium, Magnesium, Phosphorus & trace minerals.
💚 Lemak yang terkandung dalam Bone Broth ini boleh mengatasi masalah leaky gut.
💚 Sumber gelatin & collagen terbaik. - Khasait gelatin & collagen ini untuk memperkuatkan sendi, memperkuat kuku & rambut, membantu masalah leaky gut & memperkuatkan connective tissues tubuh.
💚 Merawat adrenal fatigue
💚 Sumber asid amino yang banyak. (Glycine and Proline). Glycine sangat penting untuk anda mendapat kulit, tulang, ligament, & tendon yang kuat & sihat. Proline pula berfungsi untuk menyahtoksin hati.


Next ialah how to cook CBB dengan jaya nya.. hehe

Bahan-bahan:

 1 kg Rangka ayam @ kaki ayam (ku guna kaki ayam)
 1 biji lemon (ambil air sahaja)
 2 biji bawang holland
 5 biji bawang putih
 2 barang saderi atau lebih
 2 batang lobak
 2 biji tomato (umur setahun ke atas)
 Rempah 4 beradik
 1 Jag air putih (kena pandai agak2)

Cara-cara: 

1. Satukan semua bahan2 
2. Rebus selama 6jam or lebih. Ku guna slow cooker. Bau semerbak satu umah nanti.hehe
3. Dh siap masak, sejukkan dan tapis air rebusan sahaja.
    Simpan dlm bekas cube ais yg ade penutup @ bekas dadih dan frozenkan

Boleh rujuk gambar.

*nota penting: masak cbb dlm periuk yg bukan jenis aluminium ! sbb ekstrak air lemon or cuka tu akn  bertindak balas dan mnjadi racun kalo guna periuk aluminium.

SELAMAT MENCUBA !  




TQ !
xoxo
#ibumfi


Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Serbuk Beras, Serbuk Bilis dan Serbuk Ayam

Kandungan Cerelac ( Instant Food for Baby)

My Birthday @ Shell Out Seafood Fantastic @ Ayer 8, Putrajaya