10 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan

Assalamualaikum mommies semuaa.. harini nak share pasal BF.

Ni antara 10 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan

1. Setiap kali baby menangis lapar, terus susukan baby. Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil. Offer based on demand. Jika baby tiada dgn ibu, sila pam utk wujudkan demand setiap 2jam. 15min per sesi. Dapatkan pam yg heavy duty spt :

💡Spectra
💡Lacte
💡Medela
💡Malish
💡Autumnz

2. Susukan bayi sebelah breasts sehingga bayi kekenyangan setelah mendapat hindmilk( susu pekat) sehingga bayi sendiri yang melepaskan breast setelah dia kekenyangan. Ini akan merangsang lebih banyak penghasilan susu. Jgn tukar cpt sgt.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari Miss B untuk merangsang penghasilan susu.

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Sbb kalau korang stress atau rasa xyakin boleh susukan baby automatik susu berkurangan. Sebab tu mindset tu penting. Selalu lah positif kata susu badan ku banyak. Baby ku boleh kenyang. Gituuuu . Dan jgn lupa dapatkan rehat secukupnya ya😚. 6-7jam utk dewasa.

5. Ibu yg menyusu dinasihatkan jangan  bagi baby makanan tambahan lain selain susu badan seperti  jus-jus, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan. Fokus bg susu badan sahaja. Kecuali utk tahnik. Ank ada seumur hidup utk merasai mknn. Perlahan2.

6. Pemakanan Ibu yg menyusu pun amat mempengaruhi susu badan. So pastikan makan mknn dengan seimbang dan berkhasiat. Di samping air 3liter sehari. Minimum kan pengambilan kafein spt coklat, milo, teh dan kopi.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60  dan sapu di kedua belah Miss B. Sambil menyusu, sentiasalah usap rambut baby, cium baby. 😊

8. Amalkan supplemen seperti multivitamin. dan juga lecithin utk mengelakkan blocked ducts. Tiada specifik brands.

9. Kerapkan sesi mengepam kepada 2jam sekali. Konsep demand vs supply. Jaga jadual pam:

💡slps subuh sambil sarapan
💡slps lunch
💡slps dinner

kerana ku percaya ketika kenyang, hormon dan emosi lebih stabil.

10. Berdoa dan tawakal ye.

Ibu jgn sedih kalau susu badan sikit. Cuba lah cara2 di atas untuk memperbanyakkan susu badan. InsyaAllah mana tahu Allah izin baby full bf sampai umur 2 tahun.

Majula bf utk ank❤

By: Pojiah Selamat - Update 9/3/2017

Image result for breastfeeding icon

xoxo
TQ

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Serbuk Beras, Serbuk Bilis dan Serbuk Ayam

Kandungan Cerelac ( Instant Food for Baby)

My Birthday @ Shell Out Seafood Fantastic @ Ayer 8, Putrajaya