Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang
Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang BOLEH AYAM & DAGING * Burung puyuh * Burung merpati * ayam hitam * ayam didik * ayam selasih * ayam kampung * daging batang pinang * Ayam biasa (takut gatal) IKAN Penting: Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan Ikan haruan menyembuhkan luka. Ikan yu membanyakkan susu ibu * Ikan haruan * Ikan yu * Ikan selar * Ikan gelama * Ikan jenahak * Ikan merah * Ikan tenggiri * Ikan kurau * Ikan bawal putih * Ikan senangin * Ikan bilis TIDAK BOLEH * Ikan kering * Ikan masin * Ikan keli * Ikan bawal hitam * Ikan terubuk * Ikan duri * Ikan pari * Ikan sembilang * Ikan parang * ikan kembung * Ikan tamban * Ikan cencaru * Ikan tongkol * makanan laut * udang * sotong * kerang ULAM ULAMAN Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A...